Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

GAZA CITY, 7 MacSeorang remaja Palestin terbunuh ditembak dalam pertempuran terbaru bersama rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza malam tadi.

Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al Qudra berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Saif Al Deen Abu Zeid, 15 meninggal dunia akibat kecederaan dialami di timur Gaza, beberapa jam lalu.

Beliau mengesahkan bahawa mangsa maut dalam pertempuran yang berlaku, lewat malam tadi.

Tentera Israel mendakwa, ratusan penunjuk perasaan melempar batu serta bahan peletup ke arah pasukan mereka di sepanjang sempadan dan pihak tentera hanya bertindak mengikut prosedur.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top