Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

GAZA, 13 Februari – Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada Selasa selepas tentera Israel menyerbu penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan Israel minggu lalu.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Hassan Nabil Nofal, 17, ditembak di kepala oleh tentera zionis Jumaat lalu ketika menyertai perhimpuan membantah pendudukan Israel, kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qidra.

Lebih 250 penunjuk perasaan mati syahid manakala ribuan lagi cedera akibat ditembak tentera Israel sejak Palestin mula mengadakan bantahan di zon penampan Mac lalu.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top