Rejim Zionis Biadab Serang Jemaah Tunai Solat

BAITULMUQADDIS, 20 Februari – Lebih 10 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera selepas polis Israel menyerang jemaah yang sedang mengerjakan solat Isya’ di Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Agensi berita Wafa yang me­me­tik beberapa sumber yang eng­gan didedahkan sebagai ber­kata, kesemua mangsa cedera selepas rejim Zionis menyerang mereka dekat pintu pagar Bab al-Rahma atau Pintu Pagar Emas di pekarangan masjid ber­kenaan.

Tambahnya, majoriti mereka yang ditahan dilaporkan merupakan pelajar sekolah agama dan keadaan kembali tenang selepas anggota polis beredar.

Sementara itu, jurucakap per­tubuhan Islamic Waqf, Firas al-Dibs berkata, polis Israel memasang kunci dan rantai di pintu pagar berkenaan selepas pihak­nya menunaikan solat di kawasan terbabit, minggu lalu.

Bangunan tersebut bagaima­na­pun ditutup oleh pihak ber­kuasa Israel pada 2003 kerana didakwa digunakan untuk aktiviti politik oleh pertubuhan Jawatankuasa Kebudayaan Islam.

-Agensi / AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top