Ratusan Penunjuk Perasaan Bantah Lawatan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Di Tunisia

TUNISIA, 27 November – Ratusan penduduk Tunisia hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) ke negara itu, sambil menuduh beliau sebagai pembunuh wartawan, Jamal Khashoggi.

Difahamkan Mohammed bin Salman berlepas dari Kaherah dan dijangka tiba di Tunisia malam ini dalam kunjungan beliau ke negara-negara Arab seperti Bahrain dan Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beratus-ratus penunjuk perasaan bergerak melalui pusat Habib Bourguiba di Tunisia, yang pernah menjadi lokasi bantahan semasa Presiden Tunisia, Presiden Zine El-Abidine Ben Ali digulingkan pada 2011.

Penunjuk perasan antara lain melaungkan ‘pembunuh tidak dialu-alukan di Tunisia’ dan ‘Pemimpin Tunisia memalukan’ kerana menerima MbS.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.