Raja Muda Perlis Mahu Masyarakat Utamakan Perbankan Islam

KANGAR, 8 November – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta masyarakat mengutamakan sistem perbankan Islam kerana mematuhi kehendak agama dalam urusan perbankan mereka.

Semasa merasmikan Seminar Kesedaran Zakat Wakaf dan Muamalah Islam peringkat negeri Perlis 2018 di Kangar, Perlis, Baginda bertitah sistem tersebut bebas daripada riba yang bertentangan dengan hukum Islam serta berharap institusi-institusi kewangan Islam memberikan pemahaman dan penjelasan lebih meluas kepada masyarakat agar mereka memahami kepentingan sistem muamalah Islam.

Bersempena majlis itu, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad Datuk Zamani Abdul Ghani menyampaikan wakaf bank itu sebanyak RM20,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor untuk projek Bangunan Wakaf MAIPs yang menyediakan Perkhidmatan Hemodialisis di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.