Rahaf Mahu Sambung Pelajaran, Bekerja Di Kanada

TORONTO, 15 Januari – Rahaf Mohammed Al Qunun mendedahkan bahawa dia mahu meneruskan pelajaran, mencari pekerjaan dan menjalani kehidupan seharian seperti orang lain ketika berada di Kanada, iaitu sesuatu yang tidak dapat dilakukannya di Arab Saudi.

Dia berkata demikian ketika ditemubual oleh Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC), iaitu dua hari selepas tiba Toronto dari Bangkok.

Remaja warga Arab Saudi itu meraih perhatian masyarakat antarabangsa minggu lalu, apabila mengurung diri di dalam bilik hotel di lapangan terbang di Bangkok, bagi mengelak dihantar pulang kepada keluarga, yang menolak tuduhan menderanya.

Rahaf juga enggan bertemu bapa dan abangnya, yang tiba di Bangkok bagi membawanya pulang ke Arab Saudi.

Namun, nasibnya berubah selepas Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mengiktirafnya sebagai pelarian dan disusuli kesediaan Kanada memberi perlindungan kepadanya.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top