Putin, Macron Bincang Isu AS Tarik Diri Daripada Perjanjian Nuklear Iran

ST PETERSBURG, 25 Mei – Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan pertemuan pada Khamis yang antara lain membincangkan berhubung langkah Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran.

Turut dibincangkan situasi semasa di Iran, Syria dan Ukraine di samping kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan serta mengembangkan lagi hubungan dua hala.

Menurut Putin lagi, perjanjian nuklear Iran perlu dipelihara memandangkan Tehran telah memenuhi semua komitmennya terhadap JCPOA, kerana menamatkan perjanjian itu boleh memberikan kesan sangat buruk.

Pada  bulan Mei, Presiden AS Donald Trump mengumumkan Washington akan menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan ke atas negara itu.

Langkah itu tetap diambil meskipun kebanyakan kuasa dunia termasuk Rusia, China dan Kesatuan Eropah berulang kali menegaskan kepentingan perjanjian tersebut demi menjaga keamanan serta keselamatan dunia.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top