Pru Thailand: Keputusan Rasmi Diumum Selewat-Lewatnya 9 Mei

BANGKOK, 24 Mac – Suruhanjaya Pillihan Raya Thailand (SPR) akan mengumumkan keputusan rasmi pengundian yang berlangsung hari ini selewat-lewatnya 9 Mei.

Ketua Setiausaha SPR Thailand Jarungvith Phumma berkata agensi itu mempunyai 60 hari mulai Ahad untuk menyiasat sebarang kes pelanggaran Undang-Undang Pilihan Raya semasa tempoh berkempen dan pada hari pengundian.

Dalam pada itu bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat susulan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Thailand yang berlangsung pada Ahad.

Parti Demokrat berada pada  kedudukan keempat bagi undi popular berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, dengan penjumlahan undi sebanyak 93 peratus.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top