Program Pengasingan Pesalah Kanak-Kanak Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 8 November – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan program pengasingan terhadap kanak-kanak yang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah bermula tahun depan.

Ketika berucap dalam program turun padang ke institusi kanak-kanak di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program itu adalah satu sistem pengalihan kanak-kanak yang terbabit jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai program diversion, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bahawa, ia adalah kaedah baharu yang berfungsi sebagai antara alternatif rehabilitasi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.