Presiden Korea Selatan Tekad Kukuhkan Kerjasama Dengan Asean

SEOUL, 7 Mac – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengulangi tekadnya untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ASEAN, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata Korea Selatan dan negara ASEAN akan terus memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan, tenaga dan industri pertahanan.

Katanya dalam artikel yang ditulis menjelang lawatannya ke Brunei, Kemboja dan Malaysia minggu depan, diterbitkan Asia News Network pada Rabu.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top