Presiden Filipina Ulangi Hasrat Ubah Nama Negara

MANILA, 4 Mac – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menukar nama Filipina kepada Maharlika.

Berucap pada Ahad malam, Duterte berkata beliau belum terfikir  nama yang khusus lagi.

Di bawah perlembagaan Filipina, Kongres boleh menukar nama berdasarkan undang-undang,  dan akan berkuat kuasa selepas menerima persetujuan ramai menerusi pungutan suara.

Pada bulan lalu beliau mencadangkan nama “Maharlika” sebagai usaha untuk keluar dari zaman penjajahan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top