Premis Makanan Tiada SPHM Dinasihat Tidak Perdaya Pengguna

KLANG, 9 Januari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menasihati pengusaha premis makanan di negeri itu yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) supaya tidak memperdaya dan mengelirukan pengguna terutama orang Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, adalah menjadi satu kesalahan jika sesebuah premis dimiliki oleh orang bukan Islam yang tidak memiliki sijil berkenaan mempamerkan tulisan dan bacaan ayat al-Quran.

Katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan mengejut di beberapa premis makanan di Klang Selangor

Pemeriksaan selama tiga jam itu turut disertai oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Majlis Perbandaran Klang.

Selain itu, jelas Azman, Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak diwajibkan kepada setiap premis makanan untuk beroperasi, tetapi ia akan menjadi kesalahan jika premis yang tidak mempunyai SPHM mempromosikan premis mereka sebagai halal.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.