PPIM Gesa Kerajaan Tangani Kes Penderaan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan dan masalah yang melibatkan pusat jagaan kanak-kanak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh penting supaya kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak tidak berulang lagi selain pemeriksaan lebih tegas terhadap sijil layak menduduki (CF) di semua pusat asuhan berdaftar.

Dalam masa sama, PPIM turut menerima aduan daripada ibu bapa berkenaan banyak bangunan yang mereka bekerja tidak memiliki CF sehingga menyebabkan pihak bomba tidak meluluskan cadangan membuka pusat asuhan di pejabat tersebut.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top