Pokok Petai Menangis: Jangan Sampai Syirik

KOTA BHARU, 29 Januari – Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan masyarakat negeri ini agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.

Tegas beliau apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap  syirik kecil atau syirik tersembunyi sambil menambah  mempercayai perkara yang aneh juga boleh merosakan akidah umat Islam.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sebatang pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Saring sejak seminggu lepas.

Sumber BERNAMA   

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top