PM Kesal Umat Islam Terbabit Rasuah Walau Ia Dilarang Agama

ALOR SETAR, 25 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah sedangkan ajaran agama melarang kegiatan itu.

Justeru, ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar Kedah Perdana menteri  mengingatkan penjawat awam supaya mengikis mentaliti materialistik, suka jalan mudah dan keinginan untuk cepat kaya kerana ia boleh membawa kepada rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Beliau berkata selain daripada segala usaha, program dan peraturan untuk mengekang amalan rasuah dan salahguna kuasa, kesedaran merupakan perkara utama dalam mengatasi ‘penyakit’ itu.

Sehubungan itu tegas Tun Dr Mahathir lagi semua pihak perlu melihat semula apakah sistem nilai dan di mana kesedaran bahawa rasuah dan salahguna kuasa itu jijik dan dibenci oleh Islam dan nilai-nilai sejagat.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top