PM India Akan Lawat Indonesia, Singapura Dan Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia, Singapura dan Malaysia minggu ini.

Beliau dijadualkan mengunjungi Indonesia dari 29 hingga 31 Mei atas undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo, sebelum ke Singapura dari 31 Mei hingga 2 Jun bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Kementerian  Luar Negeri India (MEA) dalam satu kenyataan  menyebut bahawa semasa di Indonesia dan Singapura, Modi akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin negara berkenaan selain menghadiri mesyuarat delegasi serta bertemu komuniti perniagaan dan masyarakat India.

Di Singapura, Modi dijadual menyampaikan ucap tama pada Dialog Shangri-la Ke-17.

Akhir sekali, Beliau akan singgah di Kuala Lumpur pada 31 Mei untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad,

Lawatan itu juga membolehkan Modi dan  para pemimpin negara berkenaan membincangkan isu-isu penting dua hala, serantau dan antarabangsa.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top