PM Australia Ketuai Negara G20 Desak Kawalan Terhadap Media Sosial

CANBERRA, 19 Mac – Perdana Australia, Scott Morrison, akan mengetuai gerakan negara anggota G20 untuk mengatur platform media sosial yang disifatkannya sebagai tidak terkawal.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Xinhua memetik surat Morrison kepada pengerusi G20 yang disiarkan News Corp Australia.

Dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menduduki kerusi Pengerusi G20 yang disiarkan Selasa, Morrison mendesak supaya kawalan terhadap media sosial menjadi keutamaan pada sidang pemimpin dunia itu pada Jun depan.

Surat itu ditulis selepas serangan pengganas di Christchurch, New Zealand dan pendedahan bahawa suspek 28 tahun warga Australia, Brenton Tarrant yang didakwa melakukan pembunuhan itu, mendapat inspirasi daripada ideologi berhaluan kanan yang disebarkan menerusi media sosial.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top