Pilihan Raya Umum India bermula 11 April

NEW DELHI 10 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya India mengumumkan pilihan raya umum negara demokrasi terbesar dunia itu akan diadakan selama enam minggu, bermula pada 11 April hingga 19 Mei ini.

Lapor AFP, Perdana Menteri India, Narendra Modi dari Parti Bharatiya Janata akan bertanding untuk penggal kedua menentang anak bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi, Rahul Gandhi untuk mengetuai India.

Menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya, lebih 900 juta penduduk layak mengundi pada pilihan raya itu.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top