Peruntukan Kepada Sekolah Ikut Keperluan, Bukan Perkauman

SEREMBAN, 6 Februari – Sebarang pemberian peruntukan untuk semua sekolah di Negeri Sembilan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan bukannya mengikut sentimen perkauman.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Profesionalisme Keguruan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa menerusi Belanjawan Negeri Sembilan 2019,  kerajaan memperuntukan RM 3.5 juta ​​​​​​​untuk disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pihak tertentu yang mempertikaikan peruntukan RM450,000 kepada dua buah SJKC swasta di negeri ini dengan mendakwa peruntukan yang disalurkan itu terlalu banyak. 

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top