Persidangan Meja Bulat “Umat Islam dan Neurosains : Antara Tuntutan dan Kewaspadaan"

GHSH-Neuro-Brain-Image-2KUALA LUMPUR, 12 Jun – Neurosains merupakan cabang ilmu yang berkaitan sistem saraf atau sistem neuron dalam kehidupan seharian dan juga merupakan cabang sains semasa yang giat berkembang.

Justeru itu menurut  Pensyarah Kanan, Perunding dan Penyelidik Saraf (Eksperimental Neurologi), Jabatan Neurosains, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan, Dr. Muzaimi Mustapha, masyarakat Islam perlu diberi pendedahan sewajarnya  mengenai  konsep Neurosains dan Islam, agar umat Islam turut bersama-sama menguasai dan menjadi peneraju kepada ilmu berkaitan Neurosains.

Beliau menyatakan perkara itu selepas membentangkan kertas kerja bertajuk “Neurosains : Sejarah ringkas dan Senario  Terkini” dalam persidangan meja bulat “Umat Islam dan Neurosains : Antara Tuntutan dan Kewaspadaan”  anjuran  Institut  Kefahaman Islam Malaysia  (IKIM) di  Kuala Lumpur.

Persidangan sehari itu diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan memahami Neurosains dan melihat apakah manfaatnya untuk kemajuan masyarakat sejagat.

Selain itu, dalam pembentangan tersebut Dr. Muzaimi turut menegaskan bahawa perlunya bagi umat Islam untuk sentiasa peka dan berwaspada terhadap sesetengah  teori  Neurosains  yang dikemukakan oleh pihak Barat kerana ia dikhuatiri akan memesongkan akidah mereka .

Pada seminar tersebut, sebanyak enam kertas kerja dibentangkan tokoh dan pakar dalam bidang berkaitan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top