Perlis Bebas Chikungunya

KANGAR, 21 Januari – Virus Chikungunya yang dilaporkan melanda Hatyai di selatan Thailand sejak minggu lepas, tidak merebak ke Perlis.

Bagaimanapun  Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata jabatan itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang poster dan alat pengimbas suhu badan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar supaya orang ramai dan rakyat asing yang datang dari negara itu boleh memeriksa suhu badan bagi mengesan virus tersebut.

Baru-baru ini, media tempatan Thailand, Bangkok Post melaporkan virus Chikungunya yang lazimnya berlaku di negara Afrika dikesan di Hatyai.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top