Perjanjian AS, Turki Mengenai Manbij ‘Belum Berkubur’

ISTANBUL, 11 Oktober – Perjanjian di antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) mengenai pendekatan kawalan keselamatan di bandar Manbij, Syria, belum berkubur.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan, sebaliknya berkata, pelaksanaan perjanjian itu sebenarnya telah ditunda, lapor akhbar Hurriyet, hari ini.

Turki dan AS mencapai perjanjian pada Mei lalu mengenai Manbij selepas gagal mencapai kata sepakat selama berbulan-bulan sebelumnya.

Di bawah perjanjian itu, kumpulan YPG Kurdis akan berundur dari Manbij dan kawalan keselamatan bagi menstabilkan keadaan diambil alih askar Turki dan AS.

Sokongan Washington kepada kumpulan YPG bagi menentang Daesh telah mencetuskan kemarahan Ankara yang menganggap YPG sebagai mempunyai jalinan hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.