Perak Beri Masa Kepada Pusat Tahfiz Untuk Berdaftar

IPOH, 26 September – Kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik termasuk menutup sekolah agama Islam atau pusat tahfiz swasta yang didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata pihaknya akan membuat pertimbangan sewajarnya selain meletakkan satu tempoh masa bagi membolehkan pihak berkenaan berbuat demikian.

Jelas beliau lagi jika terdapat pengusaha pusat tahfiz yang masih berdegil pihaknya berkemungkinan akan mengambil tindakan sepertimana dilakukan oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top