Perak Berhasrat Terapkan Ajaran Al-Quran Di Dalam Pentadbiran

IPOH, 12 November – Kerajaan negeri Perak berhasrat menerapkan ajaran Al-Quran di dalam pentadbiran kerana ia bukan sahaja dapat membawa kebaikan kepada pengurusan pentadbiran malah seluruh rakyat.

Demikian menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Legasi ‘#Saving Legacy’ peringkat negeri di kediaman lama Menteri Besar di Ipoh, Perak.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sekretariat Rumah Ngaji Perak dengan kerjasama kerajaan negeri itu bertujuan mengangkat sinergi pentadbiran negeri yang berlandaskan Al-Quran.

Dalam pada itu, Pengerusi Media Karangkraf dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Perak dipilih sebagai negeri pertama menjayakan program tersebut.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.