Penutupan Sementara Ruang Solat Utama Masjid Negara Kuala Lumpur

PUTRAJAYA, 8 November – Dewan Solat Utama Masjid Negara di Kuala Lumpur bakal ditutup bermula dari 3 November sehingga 13 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) penutupan itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja membaikpulih, mengecat dan pendawaian elektrik di dewan solat  utama tersebut.

Sebagai alternatif, bahagian sayap kiri dan kanan itu akan digunakan sebagai ruang solat sementara. Menurut kenyataan itu lagi, semua aktiviti pengimarahan akan dikendalikan seperti biasa termasuk solat  Jumaat

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.