Penutupan Akaun Kerajaan Pada 21 Dis Bermula 2018

PUTRAJAYA, 8 Januari – Penutupan akaun kerajaan pada 2018 buat pertama kalinya dibuat lebih lewat iaitu pada 21 Disember berbanding kaedah biasa pada 15 November bagi memastikan fungsi kerajaan tidak terhenti terlalu lama sebelum memasuki tahun baharu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penutupan akaun kerajaan pada bulan November yang diamalkan terdahulu menyukarkan urusan kerajaan berikutan pembayaran tidak boleh dibuat dalam tempoh lebih sebulan.

Tambah beliau, amalan menutup akaun pada bulan November seperti diamalkan kerajaan terdahulu adalah tidak profesional dan dibuat untuk tujuan politik.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top