Pentadbiran Islam Perlu Sentiasa Ditambahbaik

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Pentadbiran Islam perlu menterjemahkan satu pentadbiran yang ramah, menyantuni serta pentadbiran yang inklusif dan memiliki ciri-ciri yang progresif.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berharap agar tiga wawasan dan prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang telah disusun sebagai sebagai agenda reform yang progresif iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia mampu menambahbaik aspek integriti  dan menggalakkan pematuhan kepada dasar.

Beliau menyatakan demikian pada siding media selepas menghadiri sesi Town Hall bersama Para Penyelidik dan Pengamal Media di Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur.

Program tersebut dianjurkan oleh pihak IKIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS).

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top