Penjawat Awam Diingat Untuk Sentiasa Punyai Semangat Kesegeraan

KUALA LUMPUR, 8 November – Penjawat awam pada  semua peringkat hendaklah sentiasa mempunyai rasa ‘kesegeraan’ dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah, menarik perhatian bahawa semangat itu penting terutamanya dalam menjayakan setiap yang dirancang kerajaan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.

Beliau menyatakan perkara itu dalam ucapan perasmian Forum Kajian Separuh Penggal RMK11 dan Pasca Belanjawan 2019: Satu Analisis.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Perkhidmatan Awam Datuk Suhaimie Mahbar.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.