Peningkatan Kes Diabetes Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Membimbangkan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sejumlah tujuh juta orang dewasa, sama ada didiagnos atau tidak didiagnos, dianggarkan akan terjejas akibat diabetes di Malaysia menjelang 2025, suatu  trend membimbangkan yang akan menyaksikan kelaziman diabetes iaitu 31.3 peratus dalam kalangan orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada masa ini, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, yang merupakan kadar tertinggi di Asia dan antara yang yang tertinggi di dunia.

Ketika merasmikan Simposium Bioperubatan Cambridge-Oxford Sunway ketiga bertajuk ‘Diabetes: Melenyapkan Pembunuh Senyap’ di ibu negara beliau berkata kerajaan memberi perhatian serius kepada peningkatan eksponen ini, kerana ia semakin menjadi beban ekonomi utama kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top