Pengembara Muslim IKIMFM ke Turki bermula

KLIA, 9 Jun – Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama EZ Kembara telah memulakan pengembaraan pertama dalam siri Pengembara Muslim untuk tahun 2014 melalui program yang dinamakan Jejak al-Fateh ke Turki.

Menurut penyelaras program, Puan Maslina Alias yang juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm dalam lintas langsung dari KLIA, rombongan kali ini disertai oleh 40 orang kesemuanya termasuk beliau dan Dj Mohd Erwan Johari, selain tiga orang dari urusetia EZ Kembara.

Program seminggu bermula 9 Jun dan berakhir 16 Jun akan menjejaki sejarah peninggalan Sultan Mohamed al-Fateh di Istanbul dan sekitarnya. Sekurang-kurangnya dua kali laporan dari Turki akan dibawakan pada pukul 12 tengahari dan 11 malam di IKIMfm.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)
Scroll to top