Penetapan Harga Minyak Ambil Kira Kepentingan Pembeli, Penjual

LANGKAWI, 1 Januari – Penetapan harga runcit produk petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri pada hari ini  akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menjadi harapan kerajaan agar dapat menurunkan harga minyak, namun pelbagai aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu dengan mengambil kira masalah dihadapi golongan pengusaha berkenaan.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas menghadiri  ‘Program Back to School eKasih Langkawi ‘ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di Langkawi, Kedah.

Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top