Penerima Tidak Perlu Pulangkan Hibah Tabung Haji

PUTRAJAYA, 8 Januari – Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu mengembalikan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dibangkitkan orang ramai.

Menurut  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa penerima hibah itu tidak mengetahui mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangkan semula wang hanya akan menimbulkan kesukaran. 

Beliau memberitahu demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, di Putrajaya

Sementara itu, Datuk Seri Dr Mujahid berkata sebanyak 228 sekolah pondok dan sekolah menengah agama rakyat berdaftar di seluruh negara yang akan menerima peruntukan tersebut.

Mengulas mengenai isu restoran bukan Islam yang menggunakan ayat Al-Quran bagi menarik pelanggan Islam, jelas Datuk Seri Dr Mujahid  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan berdasarkan aduan orang ramai yang menggunakan nama Islam.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top