Penerbangan Terus Jemaah Umrah Dari Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 November – Jemaah umrah dari negeri di Pantai Timur khususnya Terengganu bakal menikmati penerbangan terus ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu  tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata beberapa perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat pengendali umrah menampakkan perkembangan positif.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN-Seberang Takir) yang juga bekas Menteri Besar pada sidang Dewan Undangan Negeri, di Kuala Terengganu

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top