Pendengar Tentukan 3 Kategori Juara ANI2014

KUALA LUMPUR, 10 Dis Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 yang bakal berlangsung pada 10 Januari 2014 ini akan menyajikan kelainan apabila buat pertama kalinya tiga kategori baharu diperkenalkan yang ditentukan sepenuhnya oleh para pendengar. Kategori-kategori tersebut ialah:

  • Penyanyi Pilihan Pendengar
  • Lagu Solo Pilihan Pendengar
  • Lagu Duo / Berkumpulan Pilihan Pendengar

Ini bermakna sepuluh kategori dipertandingkan kesemuanya. Tiga kategori  tersebut ditentukan melalui Undia SMS ke 39111. Untuk para pendengar yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka bolehlah melayari laman web rasmi ANI2014 iaitu http://ikimfm.my/ani2014.

Screen Shot 2014-12-10 at 9.02.39 PM

Para pendengar juga boleh memuat turun aplikas telefon pintar untuk telefon Android di Google Play dengan membuat carian “Anugerah Nasyid” yang dibangunkan oleh Bitgap Technologies. Semua undian samada melalui telefon biasa atau telefon pintar akan melalui sistem yang sama iaitu 39111. Telefon pintar juga dikenakan caj yang sama. Hasil dari caj telefon SMS  ini akan didermakan kepada tabung Haluan Palestin.

Tarikh tutup undian ialah pada 4 Januari 2015 jam 12 tengah malam.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

3 Comments

  1. Norazlina Md DaliDecember 12, 2014

    Assalamualaikum…sy nk tnya…mcm mana nk hadiri anugerah nasyid IKIMfm 2014?

    1. AdministratorDecember 12, 2014

      Waalaikumussalam, Puan boleh hadir ke Kaunter Pas Malam Anugerah Nasyid di PICC Putrajaya pada 10 Jan 2015 bermula seawal jam12 tengahari hingga 6 petang atau puan boleh menyertai Kuiz Anugerah Nasyid di IKIMfm untuk memenangi Pas Masuk Percuma ke Malam Anugerah.

  2. sthuwaibahDecember 13, 2014

    Salam, saya pengguna android tetapi menghadapi masalah tidak dapat memuat turun aplikasi untuk mengundi nasyid.kenapa ye?syukran

Leave a Reply

Scroll to top