Penambahbaikan Masjid Nuruttaqwa Guna Dana Wakil Rakyat

TAWAU, 13 Februari – Kerja-kerja menambahbaik kemudahan Masjid Nuruttaqwa di Kampung Saddani di Tawau Sabah akan menggunakan dana wakil rakyat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Wong Sze Phin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong itu berkata dana yang diperuntukkan kerajaan kepadanya itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin antaranya termasuk menanggung kos penyelenggaraan masjid tersebut.

Di samping itu, beliau berkata pihaknya akan turut memohon peruntukan bagi menaiktaraf jalan tersebut bagi memberi  keselesaan kepada  penduduk kampung.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top