Penambahbaikan Mahkamah Syariah Perak Pastikan Keadilan

IPOH, 6 Ogos – Kewujudan satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan dalam sistem Mahkamah Syariah di Perak dapat memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik,

Menurut  Menteri Besar  Perak  Ahmad Faizal Azumu titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan diberikan perhatian sewajarnya kerana berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku khususnya melibatkan perundangan Islam.

Sultan Nazrin ketika merasmikan Istiadat pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 menitahkan agar satu enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak digubal, dibentang dan diluluskan pada mesyurarat DUN akan datang.

Di samping itu, baginda bertitah keputusan kes di  peringkat Mahkamah Rendah Syariah berpeluang mengemukakan dua peringkat rayuan iaitu di Mahkamah Tinggi Syariah dan di Mahkamah Rayuan Syariah.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top