Peminjam tidak terikat guna panel peguam LPPSA

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tidak terikat untuk menggunakan panel peguam yang dilantik lembaga itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Norsimah Ab. Wahab berkata, peminjam boleh memilih untuk menggunakan khidmat panel peguam yang dilantik LPPSA atau peguam yang bukan panel bagi urusan dokumentasi pembiayaan mereka.

“Pelantikan panel ini bertujuan melancarkan lagi proses urusan pembiayaan perumahan di pihak LPPSA dan peminjam,” katanya kepada Bernama.

LPPSA menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia mulai 1 Januari lalu bagi mengambil alih segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.

Pengambialihan itu tidak melibatkan sebarang perubahan dasar, dengan kemudahan sedia ada yang dinikmati penjawat awam seperti jumlah kelayakan pinjaman, kadar faedah dan kemudahan lain, masih kekal.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my