Pemindahan Pelarian Rohingya Tidak Tergesa-Gesa

DHAKA, 25 Mac – Kerajaan Bangladesh tidak tergesa-gesa untuk memindahkan pelarian ke pulau Bay Bengal selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencari maklumat lanjut tentang rancangan tersebut.

Bangladesh merancang untuk memindahkan kira-kira 100,000 daripada hampir sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di Cox’s Bazar ke pulau terpencil di Bhasan Char.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negara (Pengurusan Bencana dan Bantuan), Enamur Rahman berkata, pihaknya akan bergerak lebih pelahan dalam soal pemindahan tersebut kerana tiada tarikh tepat untuk berpindah.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top