Pembahagian Tapak Bazar Ramadan Perlu Ambil Kira Peniaga Tradisi

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) hari ini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil kira para peniaga tradisi dalam pembahagian tapak Bazar Ramadan.

Sehubungan itu, jelas Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Abdullah sistem pendaftaran terbuka secara ‘online’ tidak memberi peluang kepada peniaga untuk memperjuangkan kembali tapak mereka yang diusahakan sejak sekian lama.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita ketika Program Gotong Royong Perdana Jalan Haji Hussein di Kuala Lumpur.

Kira-kira 2,000 peniaga dan penjaja dikhuatiri terjejas dengan sistem baharu yang diperkenalkan oleh DBKL sejak Januari lepas.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top