Pegawai Bomba Bagi Tahu Tidak Perlu Bedah Siasat, Kata Saksi Polis

SHAH ALAM, 1 April – Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu ada beberapa pegawai bomba memberitahunya, agar tidak perlu dijalankan proses bedah siasat ke atas mayat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, ASP Lew Keng Joe berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh beberapa pegawai bomba berkenaan ketika tiba di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.30 malam 17 Dis lepas selepas mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Adib.

Lew menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin pada prosiding hari ke-21 inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam Selangor.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top