PDRM Pantau Pusat Tahfiz Elak Ideologi Ekstremisme Berleluasa

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan pencegahan awal bagi mengelak ideologi Salafi Jihadi dan Daesh berleluasa di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini hanya sebuah pusat tahfiz di Perlis  terlibat ideologi ekstremis berkenaan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika mengulas penahanan lapan lelaki termasuk tujuh warga asing oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM dalam operasi di Perlis pada 24 Sept lepas kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan bagi menyebarkan ideologi itu.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.