PDAM Bertemu PM Mahathir Lahir Kebimbangan Isu Harga Minyak

PUTRAJAYA, 2 Januari – Kepimpinan dan wakil Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada hari ini bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebimbangan persatuan itu berkaitan isu harga minyak.

Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan empat wakil persatuan itu bersama Dr Mahathir itu berlangsung kira-kira selama  45 minit di Perdana Putra di Putrajaya sebelum Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Sementara itu Datuk Khairul Annuar yang ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata perjumpaan itu telah membincangkan cadangan dan kebimbangan persatuan itu berhubung isu harga minyak. 

Sumber BERNAMA 

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top