PBT Harus Patuhi Manual Kerja, Aliran Kerja Bagi Elak Rasuah

PUTRAJAYA, 10 Disember – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus mematuhi manual kerja, fail meja dan aliran kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan bagi mengelakkan kejadian rasuah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana sistem pentadbiran yang diperkenalkan untuk memudahkan pentadbir-pentadbir menjalankan tugas mereka secara cekap serta tidak terlalu kompleks.

Berucap pada Konvensyen Pemerkasaan PBT di Putrajaya beliau turut menjelaskan bahawa tujuan sistem itu adalah bagi membolehkan mana-mana pegawai meluluskan permohonan secara tertib tanpa menunggu pegawai lain memberi kelulusan. 

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir juga mengingatkan warga kerja PBT agar tidak melambatkan dalam meluluskan permohonan kerana apabila sesuatu permohonan dilambatkan, ia boleh membawa kepada kejadian rasuah antara pegawai dan pemohon.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top