PBB dibenar memasuki Rakhine

YANGON – MYANMAR, 1 Jun – Kerajaan Myanmar bersetuju memberikan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memasuki negeri Rakhine yang dilanda krisis selepas perdebatan berhubung penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Islam Rohingya.

Negeri di barat Myanmar itu dikepung selepas kempen tentera Myanmar pada Ogos tahun lalu yang dianggap PBB sebagai pembersihan etnik yang menyaksikan kira-kira 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian penghantaran pulang pelarian November lalu namun setakat ini hanya beberapa puluh pelarian kembali.

Dalam pada itu menurut PBB, keadaan di Rakhine tidak mengizinkan untuk kepulangan selamat, secara sukarela dan bermaruah.

Bagaimanapun draf perjanjian membenarkan agensi itu mendapat akses ke Rakhine ‘termasuk tempat asal pelarian dan kawasan kemungkinan mereka akan ditempatkan’ .

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top