Pantai Timur Dan Johor Dijangka Alami Enam Episod Hujan Lebat

KUANTAN, 11 Oktober – Tiga negeri di Pantai Timur dan Johor dijangka akan mengalami antara empat hingga enam episod hujan lebat sehingga Mac tahun depan bermula awal November ini berikutan musim Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari berkata keadaan itu boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang biasa dinaiki air dan juga kawasan-kawasan yang rendah.

Sementara itu,  beliau turut menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi MyCuaca yang dibangunkan MMD bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca, selain bencana alam lain seperti gempa bumi dan amaran tsunami.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.