Palestin Sambut Baik Kenyataan Pencabar Netanyahu

RAMALLAH, 6 Februari – Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas iaitu Nabil Abu Rdeineh menyambut baik kenyataan dikeluarkan oleh pencabar pilihan raya kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung isu merobohkan penempatan haram di Tebing Barat.

Terdahulu, bekas ketua kakitangan tentera Israel, Benny Gantz, menyatakan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza merupakan sesuatu yang positif.

Tambah beliau pengunduran itu diluluskan oleh kerajaan Israel dan dilaksanakan oleh tentera dan penduduk dalam cara yang baik.

Sumber AFP/REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top