Palestin: Pendirian Malaysia Perlu Disokong Masyarakat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Suara lantang Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan perenang Israel mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Mengulas hubungan dua hala, Walid berkata rakyat Palestin sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top