Operasi Mencari Mangsa Gempa, Tsunami Tamat

PALU, 11 Oktober – Usaha mencari mangsa yang yang terbunuh dalam bencana gempa dan tsunami di Sulawesi telah diberhentikan petang ini meskipun kira-kira 5,000 lagi orang masih hilang.

Gempa magnitud 7.5 disusuli tsunami memusnahkan banyak kawasan di Palu pada 28 September lalu.

Lebih 2,000 mayat telah ditemui sejak bencana itu melanda pulau Sulawesi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengakui khuatir bahawa lebih 5,000 lagi mangsa masih tertimbus selepas beberapa kampung ditelan bumi.

Dalam pada itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa, 200,000 orang dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan kemanusiaan segera di Palu terutama air minuman dan ubat yang semakin kehabisan.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.