New Zealand Haramkan Beg Plastik Mulai 2019

WELLINGTON, 10 Ogos – New Zealand muncul sebagai negara pertama hari ini yang mengharamkan penggunaan beg plastik mulai tahun depan, sebagai langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Perdana Menteri  New Zealand Jacinta Ardern  berkata negara itu selama ini menggunakan ratusan juta beg plastik setiap tahun dan kebanyakannya dibuang di dalam laut, sekali gus membahayakan kehidupan marin.

Menurut  beliau lagi, kerajaan gabungan pimpinan beliau termasuk Parti Hijau berdepan cabaran alam sekitar dan seperti juga perubahan cuaca, mereka perlu mengambil langkah bermakna untuk mengurangkan pencemaran plastik supaya tidak membebankan generasi akan datang.

Beg plastik adalah antara benda paling kerap ditemui dibuang di sekitar pantai New Zealand dan kumpulan alam sekitar, Greenpeace mengalu-alukan langkah mengharamkan penggunaan bahan berkenaan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top