Nelayan Palestin Maut Ditembak Tentera Laut Mesir

GAZA, 8 November – Seorang nelayan Palestin maut ditembak pasukan tentera laut Mesir semalam, kata Kementerian Dalam Negeri Gaza namun dinafikan sumber ketenteraan negara terbabit.

Pasukan tentera laut Mesir sebelum ini pernah melepaskan tembakan ke arah nelayan Gaza yang didakwa menceroboh perairan negara mereka tetapi tiada sebarang maklumat diperoleh setakat ini untuk mengesahkan jika bot mangsa terbabit melakukan kesalahan itu.

Kejadian  itu berlaku di perairan Palestin pada waktu malam di selatan Rafah.

Sementara itu di Kaherah, sumber tentera Mesir menafikan laporan terbabit tanpa membuat sebarang ulasan lanjut.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top